Friday 1 January 2016

AZAM 2016

Kuikuikui
Happy new year!
Harini just nak share azam tahun baru aku hehehe. Sikit je. Sebab selama ni tahun baru je mesti aku list azam banyak banyak. End up bukannya buat pun. Haha sembang...

So ni dia azam 2016 yg aku kena make sure aku konsisten buat sampai 2017:

1. TIDUR AWAL

Tahun 2015 memang aku dah boleh dapat da kot award tidur paling tak menentu. Wakaka. Sadlife betul. Susah betul jenis susah tidur ni. Haih. Tidur lewat tak baik untuk kesihatan :( Huhu. Pastu nanti dapat eyebags berkilo. Huwaaa. So tahun ni aku nak kalau boleh paling lewat pun tidur pukul 1.30. Paiting!

Krohh krohhh

2. TAKNAK MENCARUT

Walaupun aku bukan jenis yg kuat mencarut tapi semenjak dua menjak ni dah macam terpengaruh pulak dengan member aku hahaha adoi. Tak ayu la mencarut. Kena ubah ni. Lol. Tapi sebenarnya sebab utama aku nak stop sebab tak eloklah kan mencarut atau cakap bodoh, bangang or babi ni, mana manalah yg sewaktu dengannya. Orang pernah kata, kalau dah selalu sangat mencarut, nanti terbiasa. Bila sakit, mencarut. Bila down, mencarut. Bila gaduh, mencarut. Then cuba bayangkan bila nak mati nanti, mampu ke nak ucap dua kalimah syahadah kalau asyik carutan je benda yg pertama keluar dari mulut kita...So sepatutnya kita lagi banyak berzikir drpd mencarut. Ahaha panjang pulak membebel. Sekadar renungan untuk korang and diri aku sendiri jugak :)

K...takmo carut. Takmo carut...

3. SMILE ALWAYS AND THINK POSITIVE :)

Untuk tahun 2016 ni, aku nak rajinkan senyum, lagi lagi bila tengah down. Aku nak belajar senyum even tengah stress atau takde mood. Always think positive and be strong, inshaaAllah. Aku harap semua orang pun senyum selalu hehe. Kalau jumpa aku kat mana mana pun jangan lupa senyum. Bhahaha mcm bajet artis pulak. Haha okay be happy guys! :D

Semoga azam korang tercapai ;) kalau takde azam tu belum terlambat lagi nak reka sekarang. Happy new year!
Thanks for reading :)